Monday, 28 January 2013

Prestasi Dana BIMB Al-Munsif ( 2007-2011)

Assalamualaikum.

Berikut adalah prestasi Dana BIMB Al-Munsif dari tahun 2007 hingga 2011:

Prestasi Dana BIMB Al-Munsif Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2007 (1 Tahun)

Prestasi Dana BIMB Al-Munsif Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2009 (3 Tahun)

Prestasi Dana BIMB Al-Munsif Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2011 (5 Tahun)

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance


Prestasi Dana BIMB Al-Falah (2007-2011)

Assalamualaikum

Berikut adalah prestasi Dana BIMB Al-Falah dari tahun 2007 hingga 2011:

Prestasi Dana BIMB Al-Falah Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2007 (1 Tahun)

Prestasi Dana BIMB Al-Falah Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2009 (3 Tahun)

Prestasi Dana BIMB Al-Falah Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2011 (5 Tahun)

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance


Monday, 7 January 2013

Laporan Pengurus BIMB i Dividend Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Oktober 2012

Assalamualaikum.


Para pelabur boleh mendapatkan Laporan Pengurus BIMB i Dividend Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Oktober 2012 dengan melayari laman sesawang Bank Islam Malaysia Berhad di:

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance


Sunday, 6 January 2013

Anugerah Dari The Edge-Lipper Bagi Dana BIMB Al-Munsif

Assalamualaikum.

Berikut adalah anugerah yang telah diterima oleh BIMB Al-Munsif dari The Edge-Lipper:

ASBI Dana Al-Munsif: Best Mixed Asset Balanced 2007
Malaysian Ringgit Islamic Fund

ASBI Dana Al-Munsif: Best Mixed Asset Balanced 2009
Malaysian Ringgit Islamic Fund

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance


Laporan Akhbar Berkaitan BIMB Invest

Assalamualaikum.

Berikut adalah laporan akhbar mengenai BIMB Invest:

Laporan penuh di: http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/19/business/8305439

Laporan penuh di: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0319&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm&arc=hive

Laporan penuh di: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bank-islam-sasar-pertumbuhan-pinjaman-30-peratus-tahun-ini-1.84804


Laporan penuh di: http://www.mmail.com.my/story/bimb-invest-reaps-profits-41705

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance

Friday, 4 January 2013

Harga Harian Dana BIMB Invest

Assalamualaikum.

Para pelabur boleh mendapatkan harga harian dana yang ditawarkan oleh BIMB Invest dengan melayari laman sesawang Bank Islam Malaysia Berhad di:

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance

Laporan Pengurus BIMB Invest Money Market Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2012

Assalamualaikum.


Para pelabur boleh mendapatkan Laporan Pengurus BIMB Invest Money Market Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2012 dengan melayari laman sesawang Bank Islam Malaysia Berhad di:

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance

Wednesday, 2 January 2013

Laporan Pengurus BIMB Dana Al-Fakhim, BIMB Dana Al-Munsif dan BIMB Dana Al-Falah Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Ogos 2012

Assalamualaikum.


Para pelabur boleh mendapatkan Laporan Pengurus  BIMB Dana Al-Fakhim,  BIMB Dana Al-Munsif dan  BIMB Dana Al-Falah Bagi Tahun Kewangan  Berakhir 31 Ogos 2012 dengan melayari laman sesawang Bank Islam Malaysia Berhad di:

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance


Laporan Pengurus BIMB i Growth Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2012

Assalamualaikum.


Para pelabur boleh mendapatkan Laporan Pengurus BIMB i Growth Bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2012 dengan melayari laman sesawang Bank Islam Malaysia Berhad di: 

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance


Senarai Dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Assalamualaikum.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerbitkan senarai dana unit amanah BIMB Invest yang telah disemak semula bagi tahun 2012/2013 untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP).

Berikut adalah senarai dana unit amanah BIMB Invest yang telah diluluskan melalui skim pelaburan ahli KWSP:

SPA-KWSP membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka daripada Akaun 1 untuk melabur menerusi IPD dalam dana unit amanah yang diluluskan bagi memberikan mereka peluang untuk meningkatkan simpanan persaraan. 

Di bawah skim ini, ahli boleh mengeluarkan pada setiap tiga bulan tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah simpanan mereka dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas. Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000 ketika berumur 55 tahun.

Ahli dinasihati untuk memahami objektif skim tersebut serta mendapatkan nasihat daripada penasihat atau perancang kewangan yang berkelayakan sebelum membuat keputusan menyertai skim ini.

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance


Laporan Pengagihan Pendapatan 2012

Assalamualaikum.


BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance

Info Korporat BIMB Invest

Assalamualaikum.



BIMB Investment Management Berhad merupakan anak syarikat milik penuh Bank Islam yang ditubuhkan pada 14 September 1993. Pada masa ini, BIMB Invest mempunyai enam jenis dana amanah saham yang berlainan risiko profil sebagai pilihan para pelabur.

Dana–dana tersebut adalah:
  • BIMB i Growth (Dana Pertumbuhan Agresif)
  • BIMB i Dividend (Ekuiti/ Dana Pendapatan dan Pertumbuhan)
  • BIMB Dana Al-Falah (Dana Pertumbuhan)
  • BIMB Dana Al-Munsif (Dana Pendapatan dan Pertumbuhan )
  • BIMB Dana Al-Fakhim (Dana Pendapatan)
  • BIMB i Money Market (Dana Pasaran Wang)
Skim pelaburan amanah saham ini adalah berlandaskan prinsip Syariah di mana wang pelaburan modal para pelabur individu serta korporat yang berkongsi matlamat dan objektif pelaburan yang sama akan dikumpulkan bersama di dalam sebuah dana. Pengurus akan melaburkan dana yang dikumpulkan tadi di dalam satu portfolio pelaburan yang terdiri daripada pembahagian aset pelaburan seperti yang berikut:
  • pelaburan di pasaran saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.
  • pelaburan di dalam bon Islam/sukuk yang didagangkan di pasaran bon domestik.
  • lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan mengikut garis-panduan yang ditetapkan oleh Panel Syariah BIMB Invest, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Surat Ikatan Dana.
Akad yang diguna-pakai di dalam pelaburan skim amanah saham berlandaskan Syariah kami ini adalah WAKALAH LIL ISTITHMAR (Agensi untuk Pelaburan). Pelabur (Pemegang Utama) melantik BIMB Invest (Pengurus) sebagai Wakil/Ejen untuk menguruskan aktiviti pelaburannya. Sebagai pengurus pelaburan, BIMB Invest yang diberi tugas untuk melakukan aktiviti pelaburan yang berasaskan Syariah yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Di dalam menjalankan tanggungjawab ini, Pengurus akan menerima yuran Pengurusan berdasarkan konsep Al-UJRAH.

Para pelabur berkongsi hak milik aset-aset pelaburan yang membolehkan mereka menikmati pulangan yang diperolehi, termasuk pengagihan pendapatan dan keuntungan modal (sekiranya ada), dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, sebagai Pengurus Pelaburan, BIMB Invest tidak boleh menjamin sebarang keuntungan kepada pelaburan yang dibuat oleh para pelabur. Sila baca Prospektus Utama kami berkenaan Dana-Dana BIMB Invest untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat penting yang perlu anda tahu sebagai bakal pelabur sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Selamat berjaya!

Hubungi kami di:
Tingkat 19, Menara Bank Islam
No. 22, Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2161 2524/ 2924
Talian Bebas :             1800-88-1196      
Faks : 03-2161 2464

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance

Amanah Saham Bank Islam

Assalamualaikum.

Produk Amanah Saham kami menawarkan skim di mana wang daripada pelabur dikumpulkan bersama-sama dan diurus secara kolektif oleh pengurus profesional untuk memadankan strategi anda untuk pertumbuhan prinsipal, pendapatan dan mudah tunai.

Bank Islam merupakan Penasihat Amanah Saham Keinstitusian yang dilantik untuk BIMB Investment Management Berhad (BIMB Invest). Pelabur boleh melakukan transaksi untuk dana amanah saham BIMB Invest yang berikut di cawangan Bank Islam di seluruh negara.

Antara dana amanah saham BIMB Invest yang ditawarkan ialah:

1) BIMB i Dividend Fund

BIMB i Dividend Fund merupakan dana pendapatan dan pertumbuhan terbuka dalam kategori dana ekuiti. BIMB Dividend Fund bertujuan untuk menyediakan pelabur dengan kombinasi pendapatan tetap dan berulang serta pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana sehingga jangkamasa panjang melalui pelaburan dalam dividen ekuiti patuh syariah, yang mana mengikut sejarah menawarkan prestasi yang kukuh dan secara amnya kurang terancam berbanding pasaran ekuiti yang lebih luas. 

Dana ini sesuai untuk pelabur yang ingin mencari kepelbagaian portfolio pelaburan yang mematuhi syariah.

2) BIMB i-Growth


BIMB i-Growth merupakan dana pertumbuhan agresif terbuka dalam kategori dana ekuiti. BIMB i Growth bertujuan menyediakan pulangan jangka pertengahan dan jangka panjang melalui peningkatan modal dan pendapatan dividen. Dana ini sesuai untuk pelabur yang mencari pulangan dalam jangka pertengahan dan jangka panjang.

3) BIMB Dana Al-Falah

BIMB Dana Al-Falah merupakan dana pertumbuhan terbuka dalam kategori dana ekuiti. Al-Falah bertujuan untuk mencapai peningkatan modal jangka panjang dengan melabur dalam portfolio ekuiti, bon dan instrumen pasaran modal yang pelbagai.

Dana ini sesuai untuk pelabur yang mencari peningkatan modal yang sederhana dan tinggi dalam jangka sederhana dan jangka panjang.

4) BIMB Dana Al-Munsif

BIMB Dana Al-Munsif merupakan dana pendapatan dan pertumbuhan terbuka dalam kategori dana seimbang. Al-Munsif bertujuan menyediakan peningkatan pendapatan yang stabil dan konsisten kepada pelabur dalam jangka pertengahan dan jangka panjang.

Dana ini sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan peningkatan modal yang stabil dan konsisten dalam jangka sederhana dan jangka panjang. 

5) BIMB Dana Al-Fakhim

BIMB Dana Al-Fakhim merupakan dana pendapatan terbuka dalam kategori bon. Al-Fakhim bertujuan menyediakan aliran pendapatan tahunan tetap pada tahap yang munasabah kepada pelabur melalui pelaburan terutamanya dalam Bon Islam dan instrumen pasaran wang.

Dana ini sesuai untuk pelabur yang lebih suka akan pendapatan tahunan yang secara relatifnya berisiko rendah terhadap modal prinsipal.

6) BIMB Invest Money Market Fund

BIMB Invest Money Market Fund merupakan dana pendapatan dalam kategori dana Pasaran Wang Islam. BIMB Invest Money Market Fund bertujuan menyediakan kecairan dan pendapatan semasa, di samping mengekalkan kestabilan modal dengan melabur dalam instrumen patuh syariah.

Dana ini sesuai untuk pelabur yang ingin meletakkan sejumlah wang sementara menunggu pelaburan lain dibuat disamping mencari keselamatan dan fleksibiliti dalam pelaburan.


BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance