BIMB Investment Management Berhad merupakan anak syarikat milik penuh Bank Islam yang ditubuhkan pada 14 September 1993. Pada masa ini, BIMB Invest mempunyai enam jenis dana amanah saham yang berlainan risiko profil sebagai pilihan para pelabur.
Dana–dana tersebut adalah:
- BIMB i Growth (Dana Pertumbuhan Agresif)
- BIMB i Dividend (Ekuiti/ Dana Pendapatan dan Pertumbuhan)
- BIMB Dana Al-Falah (Dana Pertumbuhan)
- BIMB Dana Al-Munsif (Dana Pendapatan dan Pertumbuhan )
- BIMB Dana Al-Fakhim (Dana Pendapatan)
- BIMB i Money Market (Dana Pasaran Wang)
Skim pelaburan amanah saham ini adalah berlandaskan prinsip Syariah di mana wang pelaburan modal para pelabur individu serta korporat yang berkongsi matlamat dan objektif pelaburan yang sama akan dikumpulkan bersama di dalam sebuah dana. Pengurus akan melaburkan dana yang dikumpulkan tadi di dalam satu portfolio pelaburan yang terdiri daripada pembahagian aset pelaburan seperti yang berikut:
- pelaburan di pasaran saham yang didagangkan di Bursa Malaysia.
- pelaburan di dalam bon Islam/sukuk yang didagangkan di pasaran bon domestik.
- lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan mengikut garis-panduan yang ditetapkan oleh Panel Syariah BIMB Invest, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Surat Ikatan Dana.
Akad yang diguna-pakai di dalam pelaburan skim amanah saham berlandaskan Syariah kami ini adalah WAKALAH LIL ISTITHMAR (Agensi untuk Pelaburan). Pelabur (Pemegang Utama) melantik BIMB Invest (Pengurus) sebagai Wakil/Ejen untuk menguruskan aktiviti pelaburannya. Sebagai pengurus pelaburan, BIMB Invest yang diberi tugas untuk melakukan aktiviti pelaburan yang berasaskan Syariah yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Di dalam menjalankan tanggungjawab ini, Pengurus akan menerima yuran Pengurusan berdasarkan konsep Al-UJRAH.
Para pelabur berkongsi hak milik aset-aset pelaburan yang membolehkan mereka menikmati pulangan yang diperolehi, termasuk pengagihan pendapatan dan keuntungan modal (sekiranya ada), dari semasa ke semasa.
Para pelabur berkongsi hak milik aset-aset pelaburan yang membolehkan mereka menikmati pulangan yang diperolehi, termasuk pengagihan pendapatan dan keuntungan modal (sekiranya ada), dari semasa ke semasa.
Walaubagaimanapun, sebagai Pengurus Pelaburan, BIMB Invest tidak boleh menjamin sebarang keuntungan kepada pelaburan yang dibuat oleh para pelabur. Sila baca Prospektus Utama kami berkenaan Dana-Dana BIMB Invest untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat penting yang perlu anda tahu sebagai bakal pelabur sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Selamat berjaya!
Hubungi kami di:
Tingkat 19, Menara Bank Islam
No. 22, Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2161 2524/ 2924
Talian Bebas :
Faks : 03-2161 2464
No. 22, Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2161 2524/ 2924
Talian Bebas :
Faks : 03-2161 2464
BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance
No comments:
Post a Comment