Assalamualaikum.
Produk Amanah Saham kami menawarkan skim di mana wang daripada pelabur dikumpulkan bersama-sama dan diurus secara kolektif oleh pengurus profesional untuk memadankan strategi anda untuk pertumbuhan prinsipal, pendapatan dan mudah tunai.
Bank Islam merupakan Penasihat Amanah Saham Keinstitusian yang dilantik untuk BIMB Investment Management Berhad (BIMB Invest). Pelabur boleh melakukan transaksi untuk dana amanah saham BIMB Invest yang berikut di cawangan Bank Islam di seluruh negara.
Antara dana amanah saham BIMB Invest yang ditawarkan ialah:
BIMB i Dividend Fund merupakan dana pendapatan dan pertumbuhan terbuka dalam kategori dana ekuiti. BIMB i Dividend Fund bertujuan untuk menyediakan pelabur dengan kombinasi pendapatan tetap dan berulang serta pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana sehingga jangkamasa panjang melalui pelaburan dalam dividen ekuiti patuh syariah, yang mana mengikut sejarah menawarkan prestasi yang kukuh dan secara amnya kurang terancam berbanding pasaran ekuiti yang lebih luas.
Dana ini sesuai untuk pelabur yang ingin mencari kepelbagaian portfolio pelaburan yang mematuhi syariah.
Dana ini sesuai untuk pelabur yang ingin mencari kepelbagaian portfolio pelaburan yang mematuhi syariah.
2) BIMB i-Growth
BIMB i-Growth merupakan dana pertumbuhan agresif terbuka dalam kategori dana ekuiti. BIMB i Growth bertujuan menyediakan pulangan jangka pertengahan dan jangka panjang melalui peningkatan modal dan pendapatan dividen. Dana ini sesuai untuk pelabur yang mencari pulangan dalam jangka pertengahan dan jangka panjang.
3) BIMB Dana Al-Falah
BIMB Dana Al-Falah merupakan dana pertumbuhan terbuka dalam kategori dana ekuiti. Al-Falah bertujuan untuk mencapai peningkatan modal jangka panjang dengan melabur dalam portfolio ekuiti, bon dan instrumen pasaran modal yang pelbagai.
Dana ini sesuai untuk pelabur yang mencari peningkatan modal yang sederhana dan tinggi dalam jangka sederhana dan jangka panjang.
BIMB Dana Al-Munsif merupakan dana pendapatan dan pertumbuhan terbuka dalam kategori dana seimbang. Al-Munsif bertujuan menyediakan peningkatan pendapatan yang stabil dan konsisten kepada pelabur dalam jangka pertengahan dan jangka panjang.
Dana ini sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan peningkatan modal yang stabil dan konsisten dalam jangka sederhana dan jangka panjang.
Dana ini sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan peningkatan modal yang stabil dan konsisten dalam jangka sederhana dan jangka panjang.
BIMB Dana Al-Fakhim merupakan dana pendapatan terbuka dalam kategori bon. Al-Fakhim bertujuan menyediakan aliran pendapatan tahunan tetap pada tahap yang munasabah kepada pelabur melalui pelaburan terutamanya dalam Bon Islam dan instrumen pasaran wang.
Dana ini sesuai untuk pelabur yang lebih suka akan pendapatan tahunan yang secara relatifnya berisiko rendah terhadap modal prinsipal.
6) BIMB Invest Money Market Fund
BIMB Invest Money Market Fund merupakan dana pendapatan dalam kategori dana Pasaran Wang Islam. BIMB Invest Money Market Fund bertujuan menyediakan kecairan dan pendapatan semasa, di samping mengekalkan kestabilan modal dengan melabur dalam instrumen patuh syariah.
Dana ini sesuai untuk pelabur yang ingin meletakkan sejumlah wang sementara menunggu pelaburan lain dibuat disamping mencari keselamatan dan fleksibiliti dalam pelaburan.

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance
No comments:
Post a Comment