Wednesday 2 January 2013

Senarai Dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Assalamualaikum.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menerbitkan senarai dana unit amanah BIMB Invest yang telah disemak semula bagi tahun 2012/2013 untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP).

Berikut adalah senarai dana unit amanah BIMB Invest yang telah diluluskan melalui skim pelaburan ahli KWSP:

SPA-KWSP membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka daripada Akaun 1 untuk melabur menerusi IPD dalam dana unit amanah yang diluluskan bagi memberikan mereka peluang untuk meningkatkan simpanan persaraan. 

Di bawah skim ini, ahli boleh mengeluarkan pada setiap tiga bulan tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah simpanan mereka dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas. Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM120,000 ketika berumur 55 tahun.

Ahli dinasihati untuk memahami objektif skim tersebut serta mendapatkan nasihat daripada penasihat atau perancang kewangan yang berkelayakan sebelum membuat keputusan menyertai skim ini.

BIMB Invest, Syariah Beyond Compliance


No comments:

Post a Comment